Hey assalammualaikum :) apa khabar ? wah wah makin gebu gebas . pakai manja
kaseh ke ? em kalau tak pakai manja kaseh pon kena jaga baik-baik tau :P soooo
disebabkan aku ni seorang senior yang caring dan penyayang , entry kali ni aku
akan bebel and cuba explain apa yang aku tahu atau apa yang aku dah feel
sendiri kat kolej vokasional . takpe kot acah-acah promoter sekejap an . k
inhale , exhale . haaa maybe korang pernah dengar orang cakap yang student
kolej vokasional ni takde future , malas belajar , budak tak pandai and so on .
hahah mesti ada kan ? dan mesti ada jugak cikgu-cikgu korang yang cakap kolej
vokasional ni takde masa depan sebab takde spm . ok sini open table kita borak
. baca apa aku explain dan hadam baik-baik . aku cerita dari awal . sebelum tu
aku nak ingatkan , jangan tertukar antara sekolah menengah teknik dengan kolej
vokasional . sekolah menengah teknik aku taktahu lah mcamane diorang belajar
tapi yang aku tahu diorang ada aliran sains , akaun , sastera macam sekolah
harian biasa cuma ada course tambahan . yang ni korang boleh tanya student
sekolah teknik sendiri sebab aku pon tak sure . kolej vokasional pulak ,
sebelum ni nama dia sekolah menengah teknik vokasional . tapi since tahun 2014
, sekolah ni dah dinaiktaraf jadi kolej vokasional dan sistem belajar semua dah
tukar mcam kolej . korang akan dapat panggilan masuk sini kalau korang mohon online
atau lepas korang buat rayuan . kalau tak mohon , tak dapat lah . dia bukan
lepas kluar result pt3 pastu tetibe ada surat panggilan macam nak masuk
universiti . faham tak ? ok mcamnii .. kalau kau minat nak belajar kat kv macam
aku , lepas dapat result pt3 , kau try mohon online dulu . tapi kalau result
pt3 kau tu mcam sedihh je , ada failed , try walk-in pulak . walk-in ni kau
datang kv yang kau mohon tu untuk interview . pastikan kau ada pengetahuan
sikit pasal kursus yang kau pilih . kalau mcam course multimedia animasi ni ,
masa aku interview dulu aku kena melukis lepastu dia tanya boleh stay hostel
tak , boleh tahan tak study kat sini sebab sistem tak sama dengan sekolah biasa
. waktu kau kat kolej pon macam waktu bekerja tau , dari pukul 7:30 pagi sampai
5 petang , ada rehat sekejap pukul 1 tngahari untuk kau solat zohor and makan .
tapi dont worry , kalau takde pensyarah masuk class , kau boleh siapkan
assignment , rehat atau pegi makan . pastu time jawab tu kena senyum , muka
kena konfiden beb , kalau kau boleh buat dia gelak tu bonus ah tu ambik hati
pensyarah haaa dan satu aku nak ingatkan , kalau kau dah pilih untuk masuk kv ,
kau takboleh patah balik sebab kau akan bazir banyak masa yang kau boleh guna
untuk study kat sekolah biasa dan buang duit makbapak kau . kat sini guna
sistem semester , korang kena study kat sini selama 4 tahun . haa imagine ah 4
tahun kau hadap muka sama muak tak muak . setahun ada 2 semester dan akhir
tahun selepas kau ambik final exam sem akhir akan ada sem pendek . sem pendek
tu korang akan belajar employability skills atau kemahiran bekerja sebab tujuan
utama korang masuk kv untuk dapatkan pekerjaan and matlamat kolej vokasional tu
sendiri untuk lahirkan pekerja-pekerja mahir . ok faham ? haaa one more thing ,
even korang masuk kv time umur 16 tahun , kitorang tak panggil tingkatan 4 .
kitorang panggil tahun 1 . tahun sterusnya tahun 2 , 3 dan 4 . tak semestinya
satu batch korang tu nanti semua 16 tahun . mesti ada yang lagi tua mcam batch
aku sekarang ni ada yang 18 tahun baru masuk . sebab dia lambat masuk so kena
lah sama batch dengan kitorang . sem 1 sampai sem 4 tu pra-diploma . sem 5
sampai sem 8 korang dah student diploma . nak aku cerita pasal sistem hostel
pulak tak ? hahah aku bagitau sikit je lah ea . sem 1 sampai sem 4 je korang
boleh stay hostel . sem 5 sampai sem 8 korang dah kena cari rumah sewa kat luar
yang korang boleh ulang alik pergi kolej . sebabnya tak cukup space untuk
junior baru nak masuk nanti . tapi kalau kau ada jawatan , contohnya presiden mpp
atau mpp , kalau warden benarkan , korang bolehlah stay hostel . satu lagi kena
ingat , stay hostel ni korang dah jimat duit makan , duit bil api air lagi
daripada korang duduk rumah sewa . nak cari duit kena kerja , nak bagi masa
kerja dengan study fuhh payah weh sebabtu tak pelik lah kalau kau tengok
senior-senior kat sini berebut nak ada jawatan sebab nak stay hostel . ok
selain tu untuk dalam class , akan ada kuiz mengejut yang memang jantung pam
darah laju ah kalau korang tak baca lagi tajuk tu sebab markah kuiz tu akan
mempengaruhi pointer akhir . setiap akhir semester akan ada final exam yang
menentukan korang boleh teruskan pengajian atau tak . pastu mcam biasa lah
semua memang harap pointer nak 4 flat tapi setakat ni paling tinggi pon 3.99 . kitorang
belajar tak pakai buku teks tau . awal semester , pensyarah akan bagi module .
ok sebelum tu nak bagitau , kat sini ada subjek akademik dan subjek vokasional
. subjek akademik yang korang akan belajar , bhasa malaysia , english , math ,
science , sejarah . subjek vokasional tu pulak pasal course yang korang belajar
lah . akan ada teori and amali . pastu pensyarah bagi module tu untuk subjek
akademik je . subjek vokasional pulak kau kena ada effort sendiri lah salin
nota kat depan sebab pensyarah mmang tak bagi module untuk subjek vokasional .
kena rajin dan jangan malas . kau malas , memang jatuh menjunam kau padan muka
. bila pensyarah kata nak buat amali je , kena buat betul-betul jangan
main-main sebab markah tu korang carry sampai last sem weh . ok kat sini aku
nak bagitau . kolej vokasional mmang takde spm sebab dah tukar dengan svm . get
it ? sijil vokasional malaysia . semua subjek akademik tu wajib lulus sebab
syarat untuk dapat diploma vokasional malaysia mesti lulus semua subjek svm .
kalau kau nak spm jugak , kau boleh ambik exam kat sekolah lain tapi study
sendiri lah . tapi sijil svm tu sendiri dah di iktiraf untuk kau sambung
diploma tahun 3 dan 4 nanti so jangan risau lah k . waktu korang tahun 4 nanti
, akhir tahun tu korang ada ojt . ojt tu mcam praktikal kerja kat mana-mana
untuk manfaatkan apa yang kau dah belajar kat kv ni . and mestilah bergaji .
haa bila dah praktikal , barulah layak nak konvokesyen diploma . bila dah ada
diploma , pensyarah aku nasihatkan supaya jangan sambung belajar dulu . ingat
tak tujuan kau masuk kv ? haaa untuk jadi pekerja mahir . tak salah nak sambung
belajar tapi lebih baik kerja dulu sebabnya , ok kau imagine kau boss satu
company yang nak cari pekerja , kau nak pilih pekerja yang ada diploma dan ada
pengalaman bekerja atau yang ada diploma dan takde pengalaman bekerja ? haa
mestilah yang ada pengalaman . even belajar sampai master tapi buat tu tak reti
buat ni tak reti nak buat apa . bila kau ada diploma , ada pengalaman pulak tu
, komited and attitude bagus , barulah kau boleh demand gaji sebab kemahiran ni
bukan semua orang ada tau . kalau kau boleh buat the best , kau demand gaji
tinggi pon orang boleh bagi . haa selain
sistem belajar yang berbeza , yang paling obvious mestilah uniform kann . kat
kolej vokasional , kau tak pakai kain biru atau seluar hijau tua dahh . kita
pakai baju koperat warna orange wuuu . tudung sarung awning orange . memang
standard semua kv baju warna orange . ok setakat ni boleh faham ? angguk la
sikit -.- lepas korang pt3 , mesti cikgu sekolah korang ada buat lawatan dari
kv ke kv kann . kalau area johor bharu , selalunya cikgu korang akan bawak
pergi melawat luaskan pandangan yang sempit tu kat kolej vokasional yang famous
contoh macam kv perdagangan , kv ert azizah , kv tanjung puteri , kv kluang ,
kv kota tinggi . haa tu yang famous . yang aku tak sebut tu tak famous la tu
sbab aku pon tak ingat hahaha gurau . haa masa ni lahh korang manfaatkan masa
tanya student kat situ macam-macam soalan . kalau korang ada peluang melawat kv
kluang , cari akak araa paling comel kursus media ni tau tau tau ehek aipp
jangan muntahh alahh bukan selalu dapat masuk bakul angkat sendiri nih . kolej
vokasional kluang ni salah satu kolej vokasional rintis tau . sila google kalau
ragu-ragu :) boleh cari kat youtube channel multimedia kreatif kv kluang , kat
situ ada video yang course kitorang buat suka-suka and ada jugak senior
kitorang masuk bertanding liga remaja kreatif . kitorang dapat naib johan
alhamdulillah eheh . eh lupa nak bagitau kursus yang ada kat kv aku . kat kv
kluang ada tawarkan 11 kursus . multimedia kreatif animasi , teknologi kimpalan
, teknologi binaan , teknologi elektronik , teknologi elektrik , teknologi
automotif , pengurusan perniagaan , akaun , sistem komputer dan rangkaian , teknologi
penyejukbekuan , teknologi penyamanan udara . haaa tudiaa . k lah hopefully
boleh faham apa yang aku bebel panjang-panjang ni . kalau ada apa-apa tak faham
and nak tanya , drop your comment bawah tu insyaallah aku cuba jawab dan cari
jawapan deh . untuk adik-adik pt3 tu good luck study elok-elok jangan main-main
even grade dah jatuh pun jangan konfiden sangat haa huntungnyaa kalian haih T_T
k adios assalammualaikum tak jawab dosa jawab sayang :)
Akak ada email takkk ? Senang nak contact tanya akak pasal kv ��
BalasPadamSorry dik lambat respon . akak dekat kv busy dengan assignment and kompetensi tak sempat nak online blog . contact dekat wchat lagi senang kita sembang kan ? id : akak_machoo . haa minggu lepas , kv akak dah start interview untuk kemasukan student tahun 1 2016 . minggu ni interview tu masih on going . adik taknak try apply ? tapi course multimedia this year takde tawaran kemasukan sebab space untuk penggunaan lab terhad :)
Padamtak jumpa id wc pun?
Padamhi, i nak tanya, memang semua kv pakai tudung awning orange ke cs i ada nampak budk kv pakai tudung hitam je? 😊
BalasPadamhi, i nak tanya, memang semua kv pakai tudung awning orange ke cs i ada nampak budk kv pakai tudung hitam je? 😊
BalasPadamhi nak tanya lepas grad nanti kita kena boleh pergi mana? katanya diploma kv tak boleh kerja kerajaan sebab takde spm, maksudnya kerja swastalah...sahih ke tu? terima kasih
BalasPadamAlaa kak, kv kluang xde seni kulinari ea kak 😢 ? Huhu bru nk amek kt kluang
BalasPadamboleh ambil di kv ert azizah
Padamboleh ambil di kv ert azizah
PadamPelajar kv lepas habis tu boleh sambung belajar mne2 tak ??
BalasPadamPelajar kv lepas habis tu boleh sambung belajar mne2 tak ??
BalasPadamassalammualaikum..akak macho ni sekolej dan satu course dgn anak makcik...tp dia junior dr akak macho...mesti kenal kot...satu2nya dr melaka..spacky hitam...(thn dpn da thn 3, nk kena cari rmh sewa..kalu ada info...bole mklumkn pd anak makcik ye...tqvm..suka juga baca blog akak macho..
BalasPadammcm mne sye nk yakin kan mak ayah sye?? diorg mcm x yakin nk masukkan sye ke KV
BalasPadamSaya rse best bila akk cite psl kv ni.rse minat pulk nk masuk.
BalasPadamSalam...masuk kv ni pakai duit byk tak cth...yuran pengajian ke..duit mkn minum ke..dan ape lg yg kene byr...agak2 setiap bulan tu kene spent brp utk seorang anak masuk kv ni? T.kasih
BalasPadamklau x amik semester pendek tu boleh teruskan lgi x ke tahun sterusnya ka mcm mna??
BalasPadamSalam..saya student pt3 2017. Agak2 sekarang ni boleh dapat lagi x klu buat walk-in untuk multimedia?
BalasPadamKte hbes kv pda umur brpa ye
BalasPadamSoalan apa yang dorang tanya masa akk interview
BalasPadamtumpang lalu nk cerita sikit, mak sye teringin nk tgok sye masuk kv ert azizah thun dpn, tapi lps sye bce blog akak kn, sye rse susah sgt nak masuk, hm lgi satu sye nk tnye, kalau sye minat nk jadi doktor sye bole ambik bidang ape ea. trima kasih
BalasPadamMuhurat Khandar - Casino and Hotel - Jtm Hub
BalasPadamMuhurat Khandar is a casino and hotel 공주 출장샵 located in Pune 세종특별자치 출장샵 located at Khandarpur, Pune. 용인 출장마사지 The casino 부산광역 출장샵 and hotel is dedicated to the Hindu 안양 출장안마 deities and the
sekarang ni buat apa
BalasPadamadakah habis diploma sambung degree
mudah tak dapat kerja sbb tiada spm
ada email address ke atau apa2 nk contact? nk tnya sikit psl course multimedia animasi ni. Plan nk suruh anak ambik course ni. terima kasih
BalasPadam