Hey assalammualaikum :) apa khabar ? wah wah makin gebu gebas . pakai manja
kaseh ke ? em kalau tak pakai manja kaseh pon kena jaga baik-baik tau :P soooo
disebabkan aku ni seorang senior yang caring dan penyayang , entry kali ni aku
akan bebel and cuba explain apa yang aku tahu atau apa yang aku dah feel
sendiri kat kolej vokasional . takpe kot acah-acah promoter sekejap an . k
inhale , exhale . haaa maybe korang pernah dengar orang cakap yang student
kolej vokasional ni takde future , malas belajar , budak tak pandai and so on .
hahah mesti ada kan ? dan mesti ada jugak cikgu-cikgu korang yang cakap kolej
vokasional ni takde masa depan sebab takde spm . ok sini open table kita borak
. baca apa aku explain dan hadam baik-baik . aku cerita dari awal . sebelum tu
aku nak ingatkan , jangan tertukar antara sekolah menengah teknik dengan kolej
vokasional . sekolah menengah teknik aku taktahu lah mcamane diorang belajar
tapi yang aku tahu diorang ada aliran sains , akaun , sastera macam sekolah
harian biasa cuma ada course tambahan . yang ni korang boleh tanya student
sekolah teknik sendiri sebab aku pon tak sure . kolej vokasional pulak ,
sebelum ni nama dia sekolah menengah teknik vokasional . tapi since tahun 2014
, sekolah ni dah dinaiktaraf jadi kolej vokasional dan sistem belajar semua dah
tukar mcam kolej . korang akan dapat panggilan masuk sini kalau korang mohon online
atau lepas korang buat rayuan . kalau tak mohon , tak dapat lah . dia bukan
lepas kluar result pt3 pastu tetibe ada surat panggilan macam nak masuk
universiti . faham tak ? ok mcamnii .. kalau kau minat nak belajar kat kv macam
aku , lepas dapat result pt3 , kau try mohon online dulu . tapi kalau result
pt3 kau tu mcam sedihh je , ada failed , try walk-in pulak . walk-in ni kau
datang kv yang kau mohon tu untuk interview . pastikan kau ada pengetahuan
sikit pasal kursus yang kau pilih . kalau mcam course multimedia animasi ni ,
masa aku interview dulu aku kena melukis lepastu dia tanya boleh stay hostel
tak , boleh tahan tak study kat sini sebab sistem tak sama dengan sekolah biasa
. waktu kau kat kolej pon macam waktu bekerja tau , dari pukul 7:30 pagi sampai
5 petang , ada rehat sekejap pukul 1 tngahari untuk kau solat zohor and makan .
tapi dont worry , kalau takde pensyarah masuk class , kau boleh siapkan
assignment , rehat atau pegi makan . pastu time jawab tu kena senyum , muka
kena konfiden beb , kalau kau boleh buat dia gelak tu bonus ah tu ambik hati
pensyarah haaa dan satu aku nak ingatkan , kalau kau dah pilih untuk masuk kv ,
kau takboleh patah balik sebab kau akan bazir banyak masa yang kau boleh guna
untuk study kat sekolah biasa dan buang duit makbapak kau . kat sini guna
sistem semester , korang kena study kat sini selama 4 tahun . haa imagine ah 4
tahun kau hadap muka sama muak tak muak . setahun ada 2 semester dan akhir
tahun selepas kau ambik final exam sem akhir akan ada sem pendek . sem pendek
tu korang akan belajar employability skills atau kemahiran bekerja sebab tujuan
utama korang masuk kv untuk dapatkan pekerjaan and matlamat kolej vokasional tu
sendiri untuk lahirkan pekerja-pekerja mahir . ok faham ? haaa one more thing ,
even korang masuk kv time umur 16 tahun , kitorang tak panggil tingkatan 4 .
kitorang panggil tahun 1 . tahun sterusnya tahun 2 , 3 dan 4 . tak semestinya
satu batch korang tu nanti semua 16 tahun . mesti ada yang lagi tua mcam batch
aku sekarang ni ada yang 18 tahun baru masuk . sebab dia lambat masuk so kena
lah sama batch dengan kitorang . sem 1 sampai sem 4 tu pra-diploma . sem 5
sampai sem 8 korang dah student diploma . nak aku cerita pasal sistem hostel
pulak tak ? hahah aku bagitau sikit je lah ea . sem 1 sampai sem 4 je korang
boleh stay hostel . sem 5 sampai sem 8 korang dah kena cari rumah sewa kat luar
yang korang boleh ulang alik pergi kolej . sebabnya tak cukup space untuk
junior baru nak masuk nanti . tapi kalau kau ada jawatan , contohnya presiden mpp
atau mpp , kalau warden benarkan , korang bolehlah stay hostel . satu lagi kena
ingat , stay hostel ni korang dah jimat duit makan , duit bil api air lagi
daripada korang duduk rumah sewa . nak cari duit kena kerja , nak bagi masa
kerja dengan study fuhh payah weh sebabtu tak pelik lah kalau kau tengok
senior-senior kat sini berebut nak ada jawatan sebab nak stay hostel . ok
selain tu untuk dalam class , akan ada kuiz mengejut yang memang jantung pam
darah laju ah kalau korang tak baca lagi tajuk tu sebab markah kuiz tu akan
mempengaruhi pointer akhir . setiap akhir semester akan ada final exam yang
menentukan korang boleh teruskan pengajian atau tak . pastu mcam biasa lah
semua memang harap pointer nak 4 flat tapi setakat ni paling tinggi pon 3.99 . kitorang
belajar tak pakai buku teks tau . awal semester , pensyarah akan bagi module .
ok sebelum tu nak bagitau , kat sini ada subjek akademik dan subjek vokasional
. subjek akademik yang korang akan belajar , bhasa malaysia , english , math ,
science , sejarah . subjek vokasional tu pulak pasal course yang korang belajar
lah . akan ada teori and amali . pastu pensyarah bagi module tu untuk subjek
akademik je . subjek vokasional pulak kau kena ada effort sendiri lah salin
nota kat depan sebab pensyarah mmang tak bagi module untuk subjek vokasional .
kena rajin dan jangan malas . kau malas , memang jatuh menjunam kau padan muka
. bila pensyarah kata nak buat amali je , kena buat betul-betul jangan
main-main sebab markah tu korang carry sampai last sem weh . ok kat sini aku
nak bagitau . kolej vokasional mmang takde spm sebab dah tukar dengan svm . get
it ? sijil vokasional malaysia . semua subjek akademik tu wajib lulus sebab
syarat untuk dapat diploma vokasional malaysia mesti lulus semua subjek svm .
kalau kau nak spm jugak , kau boleh ambik exam kat sekolah lain tapi study
sendiri lah . tapi sijil svm tu sendiri dah di iktiraf untuk kau sambung
diploma tahun 3 dan 4 nanti so jangan risau lah k . waktu korang tahun 4 nanti
, akhir tahun tu korang ada ojt . ojt tu mcam praktikal kerja kat mana-mana
untuk manfaatkan apa yang kau dah belajar kat kv ni . and mestilah bergaji .
haa bila dah praktikal , barulah layak nak konvokesyen diploma . bila dah ada
diploma , pensyarah aku nasihatkan supaya jangan sambung belajar dulu . ingat
tak tujuan kau masuk kv ? haaa untuk jadi pekerja mahir . tak salah nak sambung
belajar tapi lebih baik kerja dulu sebabnya , ok kau imagine kau boss satu
company yang nak cari pekerja , kau nak pilih pekerja yang ada diploma dan ada
pengalaman bekerja atau yang ada diploma dan takde pengalaman bekerja ? haa
mestilah yang ada pengalaman . even belajar sampai master tapi buat tu tak reti
buat ni tak reti nak buat apa . bila kau ada diploma , ada pengalaman pulak tu
, komited and attitude bagus , barulah kau boleh demand gaji sebab kemahiran ni
bukan semua orang ada tau . kalau kau boleh buat the best , kau demand gaji
tinggi pon orang boleh bagi . haa selain
sistem belajar yang berbeza , yang paling obvious mestilah uniform kann . kat
kolej vokasional , kau tak pakai kain biru atau seluar hijau tua dahh . kita
pakai baju koperat warna orange wuuu . tudung sarung awning orange . memang
standard semua kv baju warna orange . ok setakat ni boleh faham ? angguk la
sikit -.- lepas korang pt3 , mesti cikgu sekolah korang ada buat lawatan dari
kv ke kv kann . kalau area johor bharu , selalunya cikgu korang akan bawak
pergi melawat luaskan pandangan yang sempit tu kat kolej vokasional yang famous
contoh macam kv perdagangan , kv ert azizah , kv tanjung puteri , kv kluang ,
kv kota tinggi . haa tu yang famous . yang aku tak sebut tu tak famous la tu
sbab aku pon tak ingat hahaha gurau . haa masa ni lahh korang manfaatkan masa
tanya student kat situ macam-macam soalan . kalau korang ada peluang melawat kv
kluang , cari akak araa paling comel kursus media ni tau tau tau ehek aipp
jangan muntahh alahh bukan selalu dapat masuk bakul angkat sendiri nih . kolej
vokasional kluang ni salah satu kolej vokasional rintis tau . sila google kalau
ragu-ragu :) boleh cari kat youtube channel multimedia kreatif kv kluang , kat
situ ada video yang course kitorang buat suka-suka and ada jugak senior
kitorang masuk bertanding liga remaja kreatif . kitorang dapat naib johan
alhamdulillah eheh . eh lupa nak bagitau kursus yang ada kat kv aku . kat kv
kluang ada tawarkan 11 kursus . multimedia kreatif animasi , teknologi kimpalan
, teknologi binaan , teknologi elektronik , teknologi elektrik , teknologi
automotif , pengurusan perniagaan , akaun , sistem komputer dan rangkaian , teknologi
penyejukbekuan , teknologi penyamanan udara . haaa tudiaa . k lah hopefully
boleh faham apa yang aku bebel panjang-panjang ni . kalau ada apa-apa tak faham
and nak tanya , drop your comment bawah tu insyaallah aku cuba jawab dan cari
jawapan deh . untuk adik-adik pt3 tu good luck study elok-elok jangan main-main
even grade dah jatuh pun jangan konfiden sangat haa huntungnyaa kalian haih T_T
k adios assalammualaikum tak jawab dosa jawab sayang :)